Hikayat Purasara

  1. home
  2. Books
  3. Hikayat Purasara

Hikayat Purasara

3.80 5 1
Share:

Hikayat Purasara adalah cerita yang terdapat dalam Adiparwa, Parwa 1 dari Kitab Mahabharata yang terkenal itu. Hikayat ini dengan sendirinya telah...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Walmart eBooks

More Details

Hikayat Purasara adalah cerita yang terdapat dalam Adiparwa, Parwa 1 dari Kitab Mahabharata yang terkenal itu. Hikayat ini dengan sendirinya telah melengkapi seluruh cerita Mahabharata yang terdapat pada Hikayat Pandawa Lima yang terdiri daripada Parwa 2 hingga 18. Sebagai keterangan lanjutan tentang wayang, dimana cerita Mahabharata dijadikan lakon, maka penyusun akan menyelenggarakan pula sebuah hikayat lagi yang berjudul Hikayat Asal Mulanya Wayang.

Dari sudut susastera, Hikayat Purasara ini cukup menarik kerana terdapat plot cinta segi tiga antara Purasara, Santanu dan Dewi Rara Amis serta dugaan dan balasan yang terdapat pada watak Dewi Rara Amis. Atas ketabahan beliau, maka penderitaannya dapat diselesaikan oleh Purasara. Di samping terdapat selingan motif cerita rakyat, peristiwa pertapaan dan peperangan serta banyolan dari watak-watak penakawan yang penuh dengan nasihat sebagai contoh teladan kepada tokoh-tokoh utama dalam hikayat tersebut.

Hikayat ini tertulis dalam Bahasa Melayu Klasik sebagai latar dan kisahnya serta dialog dihuraikan dalam Bahasa Melayu Betawi yang penuh dengan humor terdiri dari kata-kata jawa, Sunda dan Betawi. Hal ini dengan sendirinya melambang ciri khas dari naskah yang disalin oleh anak Betawi di Betawi sendiri. Bahkan ianya menggambarkan ciri khas dari wayang Betawi yang terdapat di daerah Jabotabek (Jakatarta, Bogor, Tanggerang dan Bekasi) yang hingga sekarang masih tetap menjadi hiburan rakyat di Jawa Barat, Indonesia.




  • Format:Paperback
  • Pages:196 pages
  • Publication:1992
  • Publisher:Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Edition:
  • Language:msa
  • ISBN10:9836226133
  • ISBN13:
  • kindle Asin:



About Author

Khalid M. Hussain

Khalid M. Hussain

3.68 19 2
View All Books